The Diary Of Four Friendz...

Friday, December 02, 2005

seloka cak kun cak

Artis : TAN SRI S. M SALIM/ M. NASIR
Lagu : Seloka Cak Kun Cak

Tan Sri: Satu masa yang telah silam
M.Nasir: Tak dapat diambil kembali

Tan Sri: Melayu mashyur serata alam
M.Nasir: Hidup mewah gagah sekali

Tan Sri: Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
M.nasir: Melawan musuh tak terbilang
Duet : Gerak semangat kerana bangsa

Tan Sri: Kelekaan jangan dikenang
M.Nasir: Lautan duka kelak direnang

Tan Sri: Hampir tinggal sehelai benang
M.Nasir: Bencana sengaja dipinang

Tan Sri: Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
M.Nasir: Kekayaan hendang diregang
Duet : Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Tan Sri: Disulami syair termashyur
M.Nasir: Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur
Duet: Yang mana khilaf tegur menegur
La..la...la..la...

Korus:
Tan Sri: Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata bermulut fasih
Jadikah bersih, hatipun bersih
Duet: Dialah khazanah pintu terpiliha.a.aa...aa

Tan Sri: Awak yang payang membelah ruyung
M.Nasir: Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

Copyright (c) 2005 Luncai Emas Sdn.Bhd.

Leave Your Thoughts:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home