I can't seem to create a whole new story and I don't seem to want to create new characters either. So this is what I call "Project in-between". For those who knows about Hidayah and Iskandar, this is what happened in between "Pertemuan" and "Second Chance". Please obey copyright laws. This is an original creation. Copyright Hid APJ. And this does not have any relation to the living nor the dead. If so, it is purely coincidental. Thank you.Previously in "Pertemuan"...Setelah puas berbual, kami ke ruang tamu. Sementara Fairuz dan Ridzman duduk bersandar di sofa, Iskandar bangun dari tempat duduknya. Aku hairan kerana Is tidak pernah berbuat sedemikian. Kemudian dia keluar untuk memberi ruang kepada Lin dan Rina duduk bersama pasangan masing-masing. Sebelum sempat aku melabuhkan punggung ke sofa yang selesa itu, Is menahanku dengan memegang tanganku. Kemudian, kaki kirinya berlutut dan tangannya menyeluk poket seluarnya. Dia mengeluarkan sebuah kotak berbaldu biru dan membuka kotak itu untukku. Kemudian dia menunjukkan isi kotak itu kepadaku. Sebutir cincin emas putih menjadi penghuni kotak itu. Aku terkejut. Is hanya tersenyum. "Hidayah, sudikah engkau menjadi teman hidupku untuk selama-lamanya?" Iskandar bertanya kepadaku.end of part three
Project in-between
Hidayah
Selama ini aku menganggapnya hanya sebagai kawan. Aku tidak berani berangan akan sehidup semati dengannya. Aku hanya seorang insan biasa. Tiada keistimewaan. Hendak dibandingkan aku dengan gadis-gadis di luar sana, rasanya aku bukanlah jenis yang boleh dijadikan seorang isteri. Rupa tiada, perangai pun kadang-kala mengalahkan seorang lelaki.
Iskandar, Iskandar...kau dah gila ke? Aku?! Aku kau nak jadikan isteri? Sofia tu jauh lagi baik dari aku, Is. Lemah lembut, bersopan-santun, kulit putih melepak, ayu dan dot dot dot. Muka macam Sofia tu, sekali petik seratus yang datang, Is. Nanti melepas kau kalau tak kejar dia sekarang. Muka macam aku ni Is, sekali petik satu pun tak datang. Orang buat bolayan dengan aku. Kalau nasib aku baik, kucing sahaja yang datang, Is. Janganlah kau buang masa dengan aku. Tak ada faedahnya.
Iskandar
"Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintaku ini..."
Mungkin inilah nasibku. Aku melamarnya dua minggu yang lalu. Sampai ke hari ini aku masih belum menerima jawapannya. Hanya alasan yang ku terima. Hidayah, aku tahu jauh di sudut hatimu kau ingin sahaja menerima lamaranku. Namun kau sangsi, bukan? Mengapa harus ada kesangsian dalam dirimu, sayangku? Usah biarkan kesangsian itu menghantui jiwamu.
Engkau bukan tak tahu, aku tak serasi dengan Sofia. Mengapa harus kau bandingkan dirimu dengan Sofia? Siapa kata kau tak lawa? Siapa kata kau tak boleh dijadikan isteri? Di mataku, kau sempurna. Di mata orang lain, apa aku kisah? Aku bukannya nak kahwin dengan mereka. Aku nak jadikan kau isteriku. Kau, Hidayah. Kaulah permata hatiku. Kaulah permaisuriku. Biar apa pun yang terjadi, aku akan tetap menunggumu. Aku akan buktikan cintaku padamu.
"Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa mengambang walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki..."
Hidayah
"Kau tak faham lah Is. Aku...aku tak boleh jadi isteri kau," kataku. Iskandar mencapai tanganku. "Kenapa tidak? Kau ada pilihan lain? Siapa dia yang telah memotong jalan aku?" soal Iskandar. Dia masih tidak berpuas hati. Aku melemparkan pandangan ke laut yang biru di hadapanku. Apa lagi yang harus ku katakan padanya? Jika memang ada orang lain, mungkin senang untukku memberi alasan. Namun aku tahu dan Is juga tahu tiada lelaki lain yang ada di dalam hatiku. Mungkin juga Is tahu bahawa di hatiku hanya ada dia seorang. Namun siapalah aku? Seumur hidupku, tiada lelaki yang sudi menyayangiku lebih dari seorang kawan. Bahkan tiada lelaki yang pernah melayanku sebaik Iskandar. Is...tahukah engkau betapa kuatnya keinginanku untuk menerimamu? Hendak sahaja ku membisik di telingamu bahawa aku juga menyayangimu. Hendak sahaja aku akhiri zaman bujangku. Tetapi aku tidak yakin. Aku tak yakin kita akan bertahan lama. Aku bimbang, suatu hari nanti kau akan menjadi bosan dan akan mencari seorang pengganti yang jauh lebih cantik dariku.
"Hidayah...sudah sebulan aku menanti. Aku inginkan jawapan darimu...bukannya alasan. Sesungguhnya alasanmu hanya...alasan. Maafkan aku jika aku bagaikan memaksa kau untuk membuat keputusan. Bukan itu niatku. Aku cuma...aku...Hidayah, dengan hati yang tulus ikhlas aku sa-" kata-kata Is terhenti di situ apabila aku menyentuh bibirnya dengan jari telunjukku sebagai tanda senyap.
"Jangan lafazkannya, Iskandar. Aku...perlukan sedikit masa lagi. Maafkan aku kerana memaksa kau menunggu keputusanku." Sekali lagi aku melemparkan pandangan ke laut yang biru itu. Iskandar ikut turut sama. Kami menyaksikan matahari terbenam dan siang berganti malam. Terasa damai hatiku ketika berduaan bersama Iskandar. Apakah mungkin aku telah ditakdirkan sehidup semati bersama lelaki ini?
Iskandar
"Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya..."
Oh pernantian ini sungguh menyeksakan jiwa dan ragaku. Namun aku tidak akan mengalah. Aku percaya dialah insan yang ku cari selama ini. Hai...kalaulah dia tahu isi hatiku ini.
"Hidayah, ada apa-apa hal yang aku boleh bantu kau?" soalku tiga puluh lima hari selepas aku melamarnya. "Bantu apa?" soalnya kembali kepadaku, keliru. "Manalah tahu...ada kesangsian dalam dirimu yang bisa ku kikiskan," jawabku. "Lah mamat ni...kesangsian apa pulak ni? Kau baru habis tengok filem hindustan ke filem jiwang habis?" soalnya kepadaku. Hai...kita betul-betul dia ingat kita main-main pulak. Aduhai...
"Hidayah, aku betul-betul lah ni. Aku nak kikiskan kesangsian yang ada di hati kau. Aku rasa, itulah sebabnya kau masih belum membuat keputusan."
"Iskandar, apa lagi yang boleh aku cakap kat kau."
"Cakaplah kau sayangkan aku," gurauku.
"Kalau aku boleh cakap tu, dah lama aku cakap, tahu tak? Taklah kau tertunggu-tunggukan aku sedangkan ramai lagi perempuan lain yang boleh kau jadikan isteri."
"Kau masih tak yakin akan kesucian cintaku padamu?" Hidayah menggelengkan kepalanya. "Habis tu? Apa yang membuatkan kau hilang keyakinan?"
"Is, kau serius ke nak jadikan aku isteri kau? Apalah yang ada pada aku Is? Rupa tak ada. Sifat-sifat kewanitaan lagi hampeh. Aku ni bukan wife material. Sebagai kawan, boleh tahan lah. Tapi sebagai isteri...aku takut nanti aku akan kecewakan kau Is."
"Kau akan lebih mengecewakan aku kalau kau tolak lamaran aku, Hidayah. Di mataku, kau sempurna, Hidayah. You're perfect. Aku tak perlukan seorang wanita ayu yang tidak bisa membahagiakanku. You're everything to me. You make me happy, you make me smile, you make me laugh and you're everything I've ever wanted. I don't care what people think of you. I think you're beautiful. What makes you different, makes you beautiful to me. What else can I say and do to prove my love to you?"
"I don't need you to prove anything, Is. I know by now that you really...love me. But that's not what I'm concerned about. What you're asking me to do requires commitment. You want me to get married to you. I can do that. Anyone can do that. But...marriage is a huge commitment. What happens if...things...just don't happen the way we want it to be? What happens if we have to go through the path of divorce? I don't want that to happen, Is. If I'm going to be married to you, I want to make sure it is for real. I want it to be forever. But I'm not sure if forever is a possibility."
"Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu
Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku..."
Hidayah
"I know I'm asking you to make a big commitment. But I believe in us. I believe there is a future for us. I believe there is forever. And I believe in you. God-willing, we will never have to go through the path of divorce. Have I convinced you enough, Hidayah?"
Sebak hatiku mendengar kata-katanya. Ku renung matanya. Ku pandang wajahnya dan keikhlasan jelas terpampar. Bertahun aku menantikan saat ini. Bertahun aku menantikan kehadiran insan seperti Iskandar. Akhirnya tertumpas jua air mataku. Perlahan ia berlinangan di pipiku. Dengan lembut Iskandar mengesat air mataku dengan jarinya. Hatiku semakin sebak. Air mata semakin laju berlinangan. Iskandar menarik aku perlahan ke dakapannya. Bagaikan seorang ibu memujuk anaknya, Iskandar cuba menenangkan hatiku dan menghentikan linangan mutiara-mutiara jernih. Setelah aku merasakan lebih tenang, aku memandang wajahnya sekali lagi. Kemudian aku melemparkan pandangan ke laut yang luas. Bagaikan ingin memberi aku sedikit ruang, Iskandar membiarkan aku berdiri seorangan memandangkan keindahan alam semula jadi. Aku tersenyum sendirian. Aku mengorak langkah ke arah Iskandar penuh dengan keyakinan diri dan keyakinan pada masa hadapan cerah yang menanti.
"Bila nak hantar rombongan merisik?" soalku.
"Er...sebenarnya, sebelum Is melamar Hid, Is dah hantar rombongan merisik. Hid aje yang tak tahu sebab Is tak benarkan siapa-siapa bilang Hid. Is tahulah Is macam tak ikut adat orang melayu. Tapi Is tahu...kalau boleh Hid nak dilamar secara romantik kan? Jadi Is minta restu Ibu dan Ayah Hid dulu...baru melamar dengan cara yang Hid impikan. Amacam orait tak?"
"Orait? Banyaklah awak punya orait!"
"Alah...nasib baik Is tanya Ibu dengan Ayah Hid dulu. Kalau main hantar rombongan aje agaknya bulat-bulat dia tolak lamaran kita. Nanti sendiri menyesal, cik kak oi!"
"Yelah yelah pandailah tu. Sebenarnya tu bukan pandai. Tu konfiden sangat! Kalau kita tolak bulat-bulat awak sendiri yang malu, cik abang oi!"
"Is tahu Hid tak akan tolak punya...sebab Is tahu dan percaya kita ditakdirkan bersama, Hidayah. Hidayah tahu tak? Is sayangkan Hid. Eh macam tak sedap je bunyinya. Is cintakan Hid. Is sayang Hid. Is love Hid. Saya, Iskandar, cintakan awak, Hidayah. I love you. Iskandar loves Hidayah. I love you, I need you, I want you, I-"
"I love you too, Iskandar."
"Aduh cair aku...cuba sebut lagi nama aku? Do you know that I can melt everytime you say my name?"
"Iskandar, Iskandar, Iskandar, Iskandar!"
"Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk..."
to be continued in Second Chance...
Sorrylah if a bit too jiwang. Hehe...